SURAU AT TAQWA, Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bdr Utama Batang Kali , 44300 Batang Kali SELANGOR.
Thursday 22 November 2012
SURAU AT TAQWA, Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bdr Utama Batang Kali , 44300 Batang Kali SELANGOR. : PROGRAM KHATAN PERDANA 2012
SURAU AT TAQWA, Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bdr Utama Batang Kali , 44300 Batang Kali SELANGOR. : PROGRAM KHATAN PERDANA 2012: Pada 18 November 2012 (Ahad) yang lalu , Surau At Taqwa Tamu Hill Park telah julung kalinya mengadakan Program Khatan Perdana 2012. Program...
Wednesday 21 November 2012
PROGRAM KHATAN PERDANA 2012
Pada 18 November 2012 (Ahad) yang lalu , Surau At Taqwa Tamu Hill Park telah julung kalinya mengadakan Program Khatan Perdana 2012. Program ini adalah anjuran bersama surau, Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Kumpulan Perangsang Selangor. Penyertaan peserta amat menggalakkan di kalangan anak-anak qariah tempatan melebih 40 orang. Persiapan program bermula pada 17hb November 2012(Sabtu) secara bergotong royong disebelah petangnya dengan sembelihan kambing untuk kenduri aqiqah dan persiapan untuk memasak serta logistik. Acara perasmian ringkas diadakan dengan ucapan Pengerusi Surau Tn Hj Azman bin Mohd Salleh , taklimat ringkas dari doktor perubatan dari hospital pakar dan disudahi dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohd salleh bin Harun , Imam Surau At Taqwa. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kerjasama pasukan Bomba Kuala Kubu Bharu yang turut 'memandikan' anak-anak yang berkhatan.
Pendaftaran peserta bermula jam 800 pagi
Muslimat sibuk menyediakan makanan........
Antara ibubapa/penjaga yang hadir
Cikgu Aziz mempengerusikan majlis, dari kiri Ust Mohd Salleh (Imam 1),Tn Hj Azman (Pengerusi)
dan Doktor Pakar
Adik-adik peserta khatan
Friday 16 November 2012
Latar Belakang
Salah sebuah surau dibawah qariah Masjid Bandar Baru Batang Kali . Terletak di Tamu Hill Park. kawasan taman perumahan, seksyen 4. Penduduk 95% berugama Islam. Surau yang dibina secara gotong royong hasil dari sumbangan penduduk setempat dan dermawan dari luar. Alhamdulillah sehingga kini pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak qariah tempatan. Ahli Jawatankuasa telah merancang beberapa aktiviti bagi memakmurkan surau dari masa kesemasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)